Delegasi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Datuk Lim Juay Jin pada 24 Julai 2023 di mana sewaktu perbincangan selama sejam, pihak UMS telah berkongsi pandangan bagaimana UMS boleh memainkan peranan penting sebagai satu institusi / hub pendidikan tinggi di Borneo ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif serta kreatif.
UMS turut memaklumkan tujuan lawatan ke Republik Korea diatur bagi meneroka peluang untuk mengadakan jalinan kerjasama bersama industri dan juga universiti tempatan di samping mempromosikan edu-tourism dan pemerkasaan program mobiliti pelajar terutamanya sewaktu cuti musim panas.



