Mission News

KUNJUNGAN HORMAT PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

08 March 2024 1 views

Pada 8 Mac 2024, Kedutaan Besar Malaysia telah menyantuni lawatan para pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Program Mobiliti Antarabangsa UUM ke Republik Korea dari 4-12 Mac 2024. Di kesempatan tersebut, Kedutaan Besar Malaysia telah berkongsi mengenai peranan dan tanggungjawab perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara serta latar belakang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Korea. Kedua-dua pihak juga saling bertukar pandangan mengenai peluang-peluang untuk mengangkat martabat Malaysia di persada dunia.

Share:
Link copied to clipboard
Back