YBhg. Dato' Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, telah meluangkan masa untuk mengunjungi Malawakil Seoul dan beramah mesra dengan TYT Duta Besar Malaysia sempena lawatan beliau ke Republik Korea dari 19 ke 22 November 2024. Beliau turut meluangkan masa untuk 20 pelajar tajaan JPA bagi maksud meyantuni mereka. Dato' Mohd Shaiful berada di Seoul untuk menghadiri 2024 MPM-OECD Asia Public Service Network dengan tema 'The Future of the Public Service - Managing People to Transform Government' pada tahun ini.



