YB Dato’ Shaziman bin Hj. Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Republik Korea (RoK) dari 23 hingga 26 September 2009 untuk menghadiri mesyuarat menteri-menteri 13th Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA). Beliau turut melawat Pameran Road and Traffic Expo (ROTREX) yang dianjurkan oleh Kementerian Tanah, Pengangkutan dan Hal Ehwal Maritim RoK.
Semasa sesi pleno REAAA pada hari kedua, Dato’ Shaziman menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia Road Safety Policy”. Setelah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Tanah, Pengangkutan dan Hal Ehwal Maritim RoK, Chung Jong-hwan pada pagi 25 September 2009, Dato’ Shaziman seterusnya melawat tapak Intelligent Transport System & Traffic Safety bertempat di Traffic Management Centre of Korea Expressway Corp.
ROTREX antara lain mempamerkan teknologi terkini dalam pembinaan jalan raya dan
pengurusan kawalan trafik.
Penuntut-penuntut Malaysia tekun mendengar amanat daripada Menteri Kerja Raya Malaysia.
Dato’ Shaziman bersama para penuntut selepas menyampaikan sumbangan duit raya
tajaan PLUS dan Litrak.