Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menerima Lawatan Kerja YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi ke Republik Korea dari 29 September hingga 1 Oktober 2024. Sepanjang lawatan ini, YB Menteri Komunikasi telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama TYT Yoo Sang-Im, Menteri Sains dan ICT Republik Korea, menyampaikan ucaptama di Persidangan GSMA Mobile 360 APAC, serta menghadiri beberapa mesyuarat bersama syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka di Republik Korea. Lawatan ini turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat telekomunikasi kedua-dua negara, yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor infrastruktur telekomunikasi dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).
Bersempena Lawatan Kerja tersebut, TYT Dato' Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea telah menghos majlis makan malam bersama YB Menteri Komunikasi dan delegasi di Rumah Malaysia pada 29 September 2024.


