Kedutaan Besar Malaysia di Seoul berbesar hati menerima kehadiran delegasi daripada Unit Naziran, Bahagian Akaun Kementerian Luar Negeri dari 23 Februari hingga 1 Mac 2025. Lawatan ini diadakan sempena Program Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan dan Pengurusan Akaun Panjar Luar Negeri bagi tahun 2025, bertujuan memastikan pematuhan dan kelancaran pengurusan kewangan di Perwakilan Malaysia di luar negara. Selain dari sesi pemantauan, delegasi juga berkesempatan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan kewangan kerajaan di Perwakilan. Kedutaan Besar Malaysia di Seoul komited untuk terus melaksanakan pengurusan kewangan yang telus dan berintegriti selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

