Mission News

MAKLUMAT MENGENAI PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

31 January 2013 1 views


 

1.  Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 berkenaan kemudahan pengundian pos secara bersyarat kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara selain pengundi tidak hadir (PTH) telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 21 Januari 2013.

 

2. Warganegara Malaysia yang layak dan termasuk dalam kategori ini boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos mulai 21 Januari 2013 sehingga hari pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

 

3.    Syarat-syarat bagi membolehkan warganegara Malaysia berkenaan mengundi secara pos adalah seperti berikut:

 

                                             i.        Warganegara Malaysia;


                                            ii.        Pemilih Berdaftar;


                                          iii.          Bermastautin di luar negara kecuali di Singapura, Wilayah

Selatan Thailand (Narathiwat, Satun, Songkhla dan Yala), Brunei Darussalam

dan Wilayah Kalimantan, Indonesia; dan


                                          iv.              Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak

kurang dari 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

4.    Penggunaan pen dakwat kekal juga tidak terpakai bagi pengundian pos di luar negeri dan semua kertas undi mesti dipangkah menggunakan pen biasa (tidak ditetapkan warnanya).

 

5.     Semua kertas undi akan dicetak mengikut nama serta Kawasan Parlimen dan DUN Pemilih berkenaan berdasarkan alamat tempat tinggal mereka di Malaysia.

 

6.    Tarikh dan hari mengundi di lokasi pengundian pos adalah berbeza dengan tarikh pengundian di Malaysia dan tarikh serta hari mengundi di lokasi pengundian pos akan dimaklumkan kepada semua pengundi pos melalui laman web Kedutaan Besar Malaysia di Seoul dari semasa ke semasa.

 

7.    Berbeza dengan kaedah pilihan raya di Malaysia, Pengundi Pos boleh memilih sama ada untuk mengambil kertas undi dan memangkahnya di lokasi pengundian pos iaitu di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul atau membawanya pulang dan menghantarnya sendiri kepada SPR. Bagi Pengundi Pos yang tidak sempat mengambil kertas undi berkenaan pada hari mengundi di Kedutaan, mereka juga boleh mengambilnya pada hari-hari lain dan menghantarnya sendiri kepada SPR. Bagaimanapun, semua kertas-kertas undi yang dihantar selepas tarikh pengundian pos di lokasi pengundian pos hendaklah sampai kepada SPR sebelum jam 5.00 petang, hari mengundi di Malaysia dengan kos ditanggung sendiri. Kertas-kertas undi yang tidak dituntut di Kedutaan sehingga selesai hari pilihan raya di Malaysia akan dihantar semula kepada SPR untuk dilupuskan.

 

8.    Kenyataan media SPR, soal jawab pengundian pos dan garis panduan mengisi Borang 1 B adalah disertakan untuk rujukan para pengundi pos.


9.    Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web www.spr.gov.my

 

Kenyataan Media SPR

 

Soal Jawab Pengundian Pos


Garis Panduan Mengisi Borang 1 B

Share:
Link copied to clipboard
Back