Mission News

MEET AND GREET WITH KUGIRAN MASDO

15 July 2024 1 views

Bersempena kehadiran Kugiran Masdo yang telah menyertai ASEAN – Korea Music Festival di Busan pada 6 & 7 Julai 2024 yang lalu, satu majlis ramah mesra bersama peminat kugiran tersebut telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul pada 9 Julai 2024. Selain kakitangan Kedutaan, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran sejumlah pelajar Malaysia di Republik Korea. Sebelum majlis bermula, anggota Kugiran Masdo telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar ke Republik Korea di mana mereka telah berkongsi cerita tentang aktiviti serta perkembangan mutakhir kumpulan tersebut. Sewaktu sesi ramah mesra pula, anggota Kugiran Masdo telah berkongsikan pengalaman serta perjalanan seni di samping menggalakkan pelajar Malaysia untuk mengejar impian masing-masing dengan sepenuh hati.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back