Mesyuarat Ke-4 Economic Cooperation Committee (ECC) di bawah Dasar Pandang Ke Timur (DPT) dengan Republik Korea telah dilangsungkan pada 30 November 2023 di Seoul, Republik Korea.
Mesyuarat tahunan ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Encik Kang Jae Kwon, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Luar Negeri, Republik Korea dengan YBrs. Puan Mastura Ahmad Mustafa Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia.
Pelbagai isu berkepentingan bersama telah dibangkitkan oleh kedua-dua belah pihak yang akan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.


