Mission News

PELAKSANAAN PROGRAM TALENT SCOUTING OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DI REPUBLIK KOREA 7 & 8 SEPTEMBER 2024

25 September 2024 1 views

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah melaksanakan program talent scouting di luar negara buat julung-julung kalinya pada 7 & 8 September 2024 yang lalu di mana Republik Korea menjadi destinasi pertama untuk program tersebut. Delegasi SPA yang diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu YBhg Dato’ Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus serta dua lagi ahli SPA dengan dibantu beberapa pegawai Kedutaan telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik yang mungkin.  Seramai lebih kurang 50 pelajar tahun akhir tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta sejumlah kecil rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di Republik Korea telah terpilih untuk menghadiri sesi temu duga yang telah diadakan di premis Kedutaan Besar Malaysia untuk mengisi kekosongan di dalam beberapa skim perkhidmatan di Malaysia. Selain taklimat umum, calon turut terlibat di dalam aktiviti perbincangan berkumpulan sebelum sesi temu duga secara individu dilaksanakan.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back