Pada 7 Mac 2024, Kedutaan Besar Malaysia telah menghadiri Pogram Santunan Mahasiswa Malaysia di Korea anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia (MCM) di Restoran Kimseri, Seoul. Bersempena program ini, seramai 20 orang pelajar mahasiswa di Republik Korea telah dipilih untuk menerima bantuan kewangan secara one off daripada MCM. Pada pertemuan tersebut juga, pihak MCM telah menyatakan hasrat untuk membuka Pusat Islam pertama di Republik Korea. Pusat seumpama itu telah pun dibuka di beberapa buah negara seperti Bangladesh, Jepun, Pakistan dan United Kingdom.

