Mission News

Sambutan Aidilfitri Rakyat Malaysia di Korea Selatan Meriah

04 October 2009 1 views

 

Berjauhan daripada keluarga terdekat dan sanak saudara tidak menghalang rakyat Malaysia di Seoul, Republik Korea merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah. Tarikh 1 Syawal yang disambut serentak dengan Malaysia pada 19 September 2009 dimulakan dengan bertakbir dan solat sunat Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea pada jam 9:00 pagi waktu tempatan. Teks khutbah Aidilfitri yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dibacakan oleh En. Mohd Kamil, penuntut bidang kejuruteraan yang turut mengimami sembahyang sunat Aidilfitri. Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, TYT Dato’ Ramlan bin Ibrahim turut menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin dan muslimah.

 

 

Para tetamu sedang menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh pihak Kedutaan.

 

 

Berjauhan daripada keluarga terdekat dan sanak saudara tidak menghalang rakyat Malaysia di Seoul, Republik Korea merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah. Tarikh 1 Syawal yang disambut serentak dengan Malaysia pada 19 September 2009 dimulakan dengan bertakbir dan solat sunat Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea pada jam 9:00 pagi waktu tempatan. Teks khutbah Aidilfitri yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dibacakan oleh En. Mohd Kamil, penuntut bidang kejuruteraan yang turut mengimami sembahyang sunat Aidilfitri. Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, TYT Dato’ Ramlan bin Ibrahim turut menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin dan muslimah.


Setelah selesai solat sunat Aidilfitri, kira-kira 400 orang jemputan termasuk pelajar-pelajar Malaysia di universiti-universiti tempatan, rakyat Malaysia yang bekerja di negara ini dan orang perseorangan dijamu dengan hidangan dan juadah hari raya di perkarangan Kedutaan. Juadah yang pelbagai ini telah sediakan secara gotong-royong oleh ahli keluarga Kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan Kedutaan.


Pada sebelah petangnya pula, Dato’ Ramlan dan isteri Datin Hafipah turut mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi beliau di Rumah Malaysia bermula jam 4 hingga 6:30 petang. Tradisi kunjung mengunjung seperti yang diamalkan di tanahair turut dirasai pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang itu. Kesempatan ini memberi ruang kepada penuntut-penuntut dan rakyat Malaysia di Korea Selatan untuk beramah mesra dengan Duta Besar dan isteri serta pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kedutaan.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back