Mission News

SAMBUTAN HARI KEBUDAYAAN DAN KARNIVAL SUKAN MAHASISWA (KASUMA) SPRING 2024 DI DONGYANG MIRAE UNIVERSITY

27 May 2024 1 views

Kaunselor Pendidikan dan Latihan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghadiri Hari Kebudayaan 2024 di DongYang Mirae University, anjuran Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia di Republik Korea (PPMK). Dengan tema "Dondangan Jiwa: Ikon Malaya", Hari Kebudayaan pada tahun ini menampilkan kuiz bahasa, pertandingan puitis, permainan rakyat seperti baling selipar, dam haji, lukisan layang-layang, hiasan kolam dan lain-lain. Di kesempatan ini juga, Malaysian Students Dance Club (MSDC) telah turut mempersembahkan tarian tradisional Malaysia bagi memperkenalkan khazanah kebudayaan Malaysia yang unik dan berwarna-warni kepada para tetamu yang hadir.

 

Selain itu, Karnival Sukan Mahasiswa (KASUMA) Spring 2024 juga telah turut diadakan di DongYang Mirae University pada 18 Mei 2024. Pelbagai acara sukan telah diadakan termasuk perlawanan rugby touch, bola jaring, bola baling, badminton, bola tampar, catur dan sudoku. Bertepatan dengan tema Hari Belia Malaysia 'Yakin Boleh', para pelajar telah mempamerkan semangat kesukanan dan kemahiran yang tinggi dalam acara-acara yang dipertandingkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back