Mission News

SESI SUMBANG SARAN BERSAMA UNIVERSITI HANKUK

13 December 2023 1 views

Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menerima kunjungan delegasi daripada Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) yang diketuai oleh Prof Dr Koh Young Hun yang merupakan Dekan Kolej Bahasa dan Kebudayaan Asia.Turut bersama beliau adalah Prof Dr Seo Myengkyo dan Dr Ummi Hani Abu Hassan yang merupakan tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu Indonesia universiti tersebut. Perbincangan selama hampir dua jam itu tertumpu kepada usaha mewujudkan Pusat Melayu dan bentuk kerjasama lain di dalam bidang akademik yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua belah pihak. Turut hadir di dalam sesi sumbang saran tersebut adalah pegawai Kedutaan Besar Malaysia yang mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam dan Tourism Malaysia.  

Share:
Link copied to clipboard
Back