Mission News

SIMPOSIUM ANTARABANGSA BAHASA MELAYU – INDONESIA DI HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES

29 November 2024 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah berbesar hati memenuhi undangan daripada Jabatan Pengajian Melayu – Indonesia (JPMI) di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) untuk menyampaikan ucapan penghargaan sempena majlis sambutan ulangtahun ke-60 penubuhan JPMI yang telah diadakan di kampus induk HUFS pada 29 November 2024.

Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menyorot pencapaian yang dikecapi oleh JPMI selama enam dekad tersebut dan mengucapkan tahniah di atas usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh JPMI untuk menyebarluaskan lagi pengaruh pengajian Melayu – Indonesia di Korea. Selain itu, beliau turut melontarkan beberapa buah fikiran ke arah pemantapan pelaksanaan program tersebut pada masa hadapan. Turu hadir pada majlis tersebut adalah rakan sejawatan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia serta penggerak dan aktivis bahasa dari Malaysia dan Indonesia.

Share:
Link copied to clipboard
Back