The Malaysian Association in Kuwait (MAK), in cooperation with the Embassy of Malaysia in Kuwait organised a two-day Eid ul-Adha celebration at the Embassy Complex on 4 and 5 October 2014.
On 4 October 2014, lamb pieces from 10 sheep sacrificed by Malaysians were brought to the Embassy Complex, divided and distributed to the poor in Kuwait. A portion of the lamb pieces were also put aside for MAK’s Eid ul-Adha Open House on the following day.
In the morning of 5 October 2014, MAK members gathered at the Embassy Complex and participated in communal activities (gotong-royong) to prepare lamb soup and lamb barbeque. In the afternoon, Malaysians attended MAK’s Eid ul-Adha Open House and enjoyed the food prepared and mingled amongst them in the Multi-Purpose Hall at the Embassy.
The Eid ul-Adha two days celebration was participated by His Excellency Dato’ Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait, Mr. Azeli Azalan, President of MAK, Embassy officials, MAK Executive Committee as well as around 120 members of the Malaysian community in Kuwait.
Embassy of Malaysia
Kuwait
5 October 2014
Sambutan Hari Raya Aidil-Adha di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, 4 dan 5 Oktober 2014
Persatuan Rakyat Malaysia Kuwait (MAK) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Kuwait telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil-Adha (Hari Raya Korban) pada 4 dan 5 Oktober 2014 di Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.
Pada 4 Oktober 2014, daging-daging dari sebanyak 10 ekor kambing korban yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di Kuwait telah dibawa ke Kompleks Kedutaan Besar untuk dibahagi-bahagikan dan seterusnya diagihkan kepada fakir miskin yang berada di Kuwait. Sebahagian daging kambing korban tersebut juga telah diasingkan untuk dimasak dan disediakan di Rumah Terbuka Hari Raya Aidil-Adha MAK hari keesokannya.
Pada pagi 5 Oktober 2014, ahli-ahli MAK telah berkumpul di Kompleks Kedutaan Besar untuk aktiviti gotong-royong menyediakan sup kambing dan juga barbeku kambing. Pada tengah hari tersebut, rakyat Malaysia telah mula berkunjung untuk menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidil-Adha MAK untuk menikmati jamuan dan juadah yang disediakan dan beramah mesra di antara satu dengan lain di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.
Sambutan Hari Raya Aidil-Adha pada dua hari tersebut telah disertai oleh TYT Dato’ Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait, Encik Azeli Azalan, Presiden MAK, pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, AJK MAK dan seramai 120 rakyat Malaysia yang bermastautin di Kuwait.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
5 Oktober 2014