In the evening of Tuesday, 5 November 2013, H.E. Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait, Embassy officials and about 50 members of the Malaysian community in Kuwait and their families welcomed the Malaysian national football team upon their arrival in Kuwait at the Convention Centre and Royal Suites Hotel.
The Malaysian national football team (Harimau Malaysia), led by Head Coach Y.Bhg. Datuk K. Rajagopal had arrived in Kuwait earlier in the evening. On the way to the hotel from the airport, the Harimau Malaysia contingent had their team bus escorted amid much fanfare by a group of Malaysian high-powered bikers.
At the hotel, Y.Bhg. Datuk Rajagopal and the Harimau Malaysia team spent some time to interact with their Malaysian fans and take part in a group photo session.
The Harimau Malaysia team is scheduled to play a FIFA friendly football match with the Kuwait national football team at the Kuwait Sports Club Stadium at Kaifan on 8 November 2013.
Embassy of Malaysia
Kuwait
6 November 2013
Kedutaan Besar Malaysia dan Rakyat Malaysia di Kuwait Menyambut Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia ke Kuwait, 5 November 2013
Pada hari Selasa, 5 November 2013, T.Y.T. Dato’ Adnan Bin Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait, pegawai-pegawai Kedutaan Besar serta lebih kurang 50 orang rakyat Malaysia dan keluarga telah menyambut ketibaan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia ke Kuwait di Pusat Konvensyen dan Hotel Royal Suites.
Pasukan Harimau Malaysia yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Y.Bhg. Datuk K. Rajagopal telah tiba di Kuwait pada sebelah petang hari yang sama. Sekumpulan rakyat Malaysia dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi telah mengiringi dengan penuh semangat bas kontinjen pasukan Harimau Malaysia sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan.
Semasa di hotel, Y.Bhg. Datuk Rajagopal dan skuad Harimau Malaysia telah meluangkan masa untuk beramah mesra dan juga menyertai sesi bergambar dengan rakyat Malaysia di Kuwait.
Skuad Harimau Malaysia dijadualkan bertemu dalam satu perlawanan persahabatan FIFA dengan pasukan kebangsaan Kuwait di Stadium Kelab Sukan Kuwait di Kaifan pada 8 November 2013.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
6 November 2013