The Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) organised a Specialised Marketing Mission (SMM) to Kuwait from 7 to 9 December 2013. The SMM was led by Mr. Mazlan Harun, Assistant Trade Commissioner, MATRADE Dubai and was composed of a delegation of Malaysian maritime industry entities such as the Maritime Department of the Malaysian Industry Government Group for High Technology’s (MIGHT), Boustead Penang Shipyard and the Netherlands Maritime Institute of Technology.
During the visit, the SMM visited and met with the Kuwait Oil Tanker Company (KOTC) and the Kuwait Ports Authority (KPA). The SMM also had a networking lunch with the Kuwait Shipping Companies and Agents Association (KSCAA), and had a number of fruitful one-on-one business sessions with various members of the KSCAA. In addition, the SMM also met with the Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC) over a working dinner.
The SMM’s programme in Kuwait was supported by the Embassy of Malaysia in Kuwait. The networking lunch and dinner were also attended by H.E. Dato’ Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to Kuwait and Mr. Yasin Yap, Counsellor of the Embassy.
Embassy of Malaysia
Kuwait
9 December 2013
Lawatan Kerja MATRADE bagi Misi Pelaburan Industri Maritim ke Kuwait, 7 – 9 Disember 2013
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjurkan satu Misi Pelaburan Spesifik (SMM) ke Kuwait dari 7 hingga 9 Disember 2013. Misi SMM tersebut telah diketuai oleh Encik Mazlan Harun, Penolong Pesuruhjaya Perdagangan, MATRADE Dubai dan disertai oleh delegasi yang terdiri dari Industri Maritim Malaysia iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Boustead Penang Shipyard dan Institut Teknologi Maritim Netherlands.
Semasa di Kuwait, delegasi SMM tersebut telah mengadakan lawatan dan pertemuan dengan pihak Syarikat Kapal Tangki Minyak Kuwait (KOTC) dan Perbadanan Pelabuhan Kuwait (KPA). Delegasi juga telah mengadakan makan tengahari kerja dengan Persatuan Syarikat dan Ejen Perkapalan Kuwait (KSCAA) dan telah mengadakan sesi perniagaan one-to-one dengan beberapa ahli KSCAA. Pada makan malam kerja, SMM juga telah bertemu dengan Syarikat Carigali Petroleum Luar Negeri Kuwait (KUFPEC).
Program SMM di Kuwait ini telah mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait. Jamuan makan tengahari dan malam turut dihadiri oleh TYT Dato’ Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait dan Yasin Yap, Penasihat Kedutaan.
Kedutaan Besar Malaysia
Kuwait
9 Disember 2013