BOMBING IN JAKARTA
The Government of Malaysia condemns the bomb attacks that hit Jakarta on 14 January 2016, which caused the loss of innocent lives, injuries and damage to properties.
YAB Prime Minister of Malaysia spoke to President Joko Widodo in the evening of 14 January 2016 to convey his deepest sympathies and condolences to the Government and people of the Republic of Indonesia on the tragic incident.
The Ministry of Foreign Affairs of Malaysia would like to confirm that thus far no Malaysians are affected in the incident. The Embassy of Malaysia in Jakarta continues to monitor the developments closely and in close contact with the Indonesian authorities.
The Ministry would like to advise Malaysians in the country to be extra vigilant and closely monitor as well as follow instructions issued by the Indonesian authorities. Malaysians requiring consular assistance may contact the Embassy of Malaysia in Jakarta, as follows:
Embassy of Malaysia
Jalan H.R. Rasuna Said
Kav. X/6, No.1-3 Kuningan
Jakarta Selatan 12950
Republik Indonesia
E-Mail: mwjakarta@kln.gov.my
Tel: 0062 21 5224 947
Ministry of Foreign Affairs of Malaysia
PUTRAJAYA
14 January 2016
LETUPAN BOM DI JAKARTA
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian letupan bom di Jakarta pada 14 Januari 2016 yang telah mengorbankan nyawa dan mendatangkan kecederaan kepada orang awam yang tidak berdosa serta menyebabkan kerosakan harta benda.
YAB Perdana Menteri telah menghubungi Presiden Joko Widodo pada waktu petang 14 Januari 2016 untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam Kerajaan Malaysia kepada pemerintah dan rakyat Republik Indonesia di atas kejadian tragis ini.
Kementerian Luar Negeri Malaysia ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan bom tersebut. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan Indonesia dan memantau perkembangan terkini.
Kementerian juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta supaya lebih berhati-hati, sentiasa peka dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti berikut :
Kedutaan Besar Malaysia
Jalan H.R. Rasuna Said
Mukim. X / 6, No.1-3 Kuningan
Jakarta Selatan 12950
Republik Indonesia
E-mel: mwjakarta@kln.gov.my
Tel : 0062 21 5224 947
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
PUTRAJAYA
14 Januari 2016