Working Visit of Her Excellency Dato’ Ho May Yong, Deputy Secretary General for Multilateral Affairs, Ministry of Foreign Affairs of Malaysia to attend the Second International Humanitarian Pledging Conference for Syria, Kuwait, 14-16 January 2014
Her Excellency Dato’ Ho May Yong, Deputy Secretary General for Multilateral Affairs (DSGMA), Ministry of Foreign Affairs of Malaysia (MFA) made a working visit to Kuwait from 14 to 16 January 2014. Dato’ Ho represented Malaysia and headed the Malaysian delegation at the Second International Humanitarian Pledging Conference for Syria (2nd IHPCS) at the Bayan Palace on 15 January 2014. The Malaysian delegation also consisted of His Excellency Dato’ Adnan Haji Othman, Ambassador of Malaysia to the State of Kuwait; Ms. Wong Chia Chiann, Principal Assistant Secretary, West Asia Division, MFA; and Mr. Yap Wei Sin, Counsellor, Embassy of Malaysia in Kuwait.
During the 2nd IHPCS, the DSGMA affirmed Malaysia’s commitment to alleviate the humanitarian challenges of those affected inside and outside Syria, who have been affected by the situation in Syria. In this regard, the DSGMA stated that Malaysia pledges US$500,000 towards this important cause at the 2nd IHPCS.
On 15 January 2014, Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah, Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs hosted a lunch in honour of all Heads and members of participating delegations at the 2nd IHPCS at the Bayan Palace.
Embassy of Malaysia, Kuwait
16 January 2014
Lawatan Kerja oleh Yang Berbahagia Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri ke Persidangan Kedua Peringkat Antarabangsa bagi Bantuan Kemanusiaan Syria di Kuwait pada 14-16 Januari 2014
Y.Bhg. Dato’ Ho May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala (TKSU HPH), Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Kuwait dari 14-16 Januari 2014. Y.Bhg. Dato’ Ho May Yong telah mewakili Kerajaan Malaysia dan mengetuai delegasi Malaysia bagi Persidangan Kedua Peringkat Antarabangsa bagi Bantuan Kemanusiaan Syria di Kuwait (2nd IHPCS) di Istana Bayan pada 15 Januari 2014. Delegasi Malaysia turut disertai oleh TYT Dato’ Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Kuwait; Cik Wong Chia Chiann, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Asia Barat, Kementerian Luar Negeri; dan En. Yap Wei Sin, Penasihat, Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.
Semasa Persidangan Kedua IHPCS tersebut, TKSU HPH telah menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu mengatasi isu kemanusiaan yang melibatkan rakyat Syria implikasi konflik dan ketegangan di Syria. Justeru itu, semasa persidangan tersebut beliau telah mengumumkan bahawa Malaysia berhasrat untuk menyumbang sebanyak USD500,000 bagi menyatakan pendirian dan kesungguhan Malaysia dalam isu Syria.
Pada 15 Januari 2014, Sheikh Sabah Khalid Al-Hamad Al-Sabah, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri telah menghoskan majlis makan tengah hari di Istana Bayan bagi meraikan Ketua dan anggota delegasi yang telah menghadiri Persidangan Kedua IHPCS.
Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait
16 Januari 2014