Mission News

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI POS DI PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

23 April 2013 1 views

MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI POS DI PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BALIK SAMPUL KEUTAMAAN

 

1.      Mulai Pilihan Raya umum Ke-13, SPR telah membuat ketetapan kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) untuk menerima kertas undi pos di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sebagaimana yang dipohon.

 

2.     Penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi Kertas Undi Pos di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia adalah pada ketetapan seperti berikut ;

 

Perwakilan Malaysia di Vientiane, Lao PDR :

           

Tarikh           : 28 April 2013 (Ahad)

            Masa              : 9.00 a.m hingga 6.00 pm

            Tempat         : Bilik Mesyuarat

                                      Kedutaan Besar Malaysia, Vientiane

                                      23 Rue Singha, Ban Phonxay

                                      Vientiane, Lao PDR

 

3.     Semua warganegara Malaysia di luar negara dan PTH yang telah diluluskan permohonan mengundi pos hendaklah hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan atau pasport antarabangsa kepada petugas-petugas SPR di Pejabat Perwakilan. Sampul Keutamaan TIDAK akan diserahkan sekiranya tidak membawa dokumen pengenalan diri tersebut. Wakil atau saudara juga TIDAK dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.

 

4.     Semua warganegara Malaysia di luar negara dan PTH akan diserahkan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos. Kertas undi yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Pejabat Perwakilan.

 

5.     Namun demikian, sekiranya terdapat warganegara Malaysia di luar negara dan PTH mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikan Sampul yang mengandungi kertas undi pos selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.

 

6.     Warganegara Malaysia di luar negara dan PTH boleh membuat semakan mengenai keputusan permohonan mengundi melalui pos dan maklumat yang berkaitan dengan tarikh, masa dan alamat Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara di laman web SPR www.spr.gov.my bermula 19 April 2013.

 

7.      Sebarang urusan pertanyaan, sila berhubung dengan Perwakilan Malaysia, Vientiane di talian +856 21 414205/6. Nama-nama pegawai untuk dihubungi adalah seperti berikut :-

 

i)                  Encik Mohammad Zakhir Hj. Yusof  (Mob : 020 5552 8987)

ii)                Puan Norzaida Sheriff  (Mob : 020 5455 8180)

iii)             Puan Fadhlin Jaffar  (Mob: 020 5881 6628

 

Sekian, terima kasih

 

MALAWAKIL VIENTIANE,

LAO PDR

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back