Mission News

PELAN LIBERALISASI VISA

01 December 2023 1 views

PELAN LIBERALISASI VISA

Pelan Liberalisasi Visa bertujuan untuk menggalakkan kemasukan pelancong asing ke Malaysia serta menjana hasil pendapatan negara bagi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju dalam industri utama pelaburan dan pelancongan di rantau Asia.

Usaha penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada dilaksanakan mulai 1 Disember 2023. Inisiatif ini merupakan satu anjakan besar yang memperkenalkan lima inisiatif iaitu:-

  1. Pengecualian Visa Kepada Warganegara China dan India
  2. Pemberian Kemudahan Multiple Entry Visa (MEV)
  3. Pas Graduan
  4. Visa Transit Umrah
  5. Penambahbaikan Tempoh Sah Laku Visa dan Tempoh Kelayakan Pas Lawatan Sosial

Bermula pada 1 Disember 2023, Jabatan Imigresen Malaysia mewajibkan kepada semua warganegara asing untuk mengisi data di Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) secara dalam talian di portal JIM.

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main

Sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my dan https://www.imi.gov.my bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0AkKMeYQJonBeNpbiwGt85zcnGiABiL5CuSAxFDqGx3H7XkVwpv1KPNnVRgFQpFpzl&id=100069049035302&sfnsn=wa&mibextid=6aamW6

Share:
Link copied to clipboard
Back