PERTANDINGAN GOLF SEMPENA
HARI KEPUTERAAN DYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG
14 JUN 2009, PUN HLAING GOLF CLUB YANGON
HARI KEPUTERAAN DYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG
14 JUN 2009, PUN HLAING GOLF CLUB YANGON
Malaysian Association of Myanmar (MAM) telah menganjurkan pertandingan golf sempena Hari Keputeraan DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 14 Jun 2009 di Pun Hlaing Golf Club Yangon.
TYT Dato’ Mazlan Muhammad, Duta Besar Malaysia ke Myanmar telah dijemput oleh pihak penganjur sebagai tetamu kehormat ke majlis tersebut. Seramai 46 orang pemain telah menyertai pertandingan golf tersebut yang turut disertai oleh pemain-pemain dari Thailand Association of Myanmar (TAM), Singapore Association of Myanmar (SAM), Vietnam dan Myanmar.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh TYT Dato’ Mazlan Muhammad, Dalam ucapan yang telah disampaikan, TYT Dato’ Mazlan Muhammad amat mengalu-alukan program seumpama ini bagi mengeratkan lagi hubungan di antara rakyat Malaysia yang tinggal di Myanmar dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara ASEAN.
Penghargaan juga telah diberikan kepada MAM yang telah bertungkus lumus dalam memastikan pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar. Diharapkan agar program- program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.
Dalam masa yang sama, En Gilbert Lee, Presiden MAM turut merakamkan penghargaan kepada TYT Dato’ Mazlan Muhammad di atas sokongan dan kesudian beliau meluangkan masa dalam memeriahkan lagi pertandingan serta majlis penyampaian hadiah. Program berkenaan telah tamat pada pukul 2.45 petang.