Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum akan Pengisytiharan Pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 yang telah dibuat oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia setelah diperkenan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Oktober 2022 (Isnin).
Sehubungan dengan itu, SPR ingin memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15), kini dibuka serta merta. Manakala, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.
Bagi Permohonan Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut : https://myspr.spr.gov.my/login.
Bersama-sama ini disertakan infografik mengenai langkah-langkah Permohonan Akaun Baru MySPR untuk makluman.
Adalah disarankan agar pemohon untuk mendaftar akaun MySPR lebih awal untuk megelakkan berlakunya sebarang isu kesulitan.
Sekian, dimaklumkan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Abuja
12 Oktober 2022