Delegasi seramai 16 orang jurulatih daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dengan sokongan Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Program Latihan Mendaki Gunung Yala setinggi 5,732m) dari 17 November hingga 1 Disember 2009. Latihan tersebut adalah bertujuan untuk persediaan mendaki ke puncak yang tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest pada tahun 2010 akan datang. Satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia sekembalinya rombongan mereka dari misi tersebut pada 2 Disember 2009 sebelum berlepas pulang ke Malaysia.