Mission News

PROGRAM BERSAMA ALUMNI MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KATHMANDU

29 August 2025 1 views

Pada 28 Ogos 2025, Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Kathmandu, Nepal telah melaksanakan Program bersama Alumni Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) di Hotel Radisson, Kathmandu, Nepal. Seramai 20 alumni MTCP telah hadir ke program ini.

Program alumni MTCP ini antara objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara alumni dengan KBM Kathmandu disamping beramah mesra.

Para Alumni yang baharu dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan idea hasil penyertaan mereka menghadiri kursus yang telah disertai di Malaysia. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan impak kepada kedua-dua negara Malaysia-Nepal dalam merealisasikan hasil penglibatan mereka di dalam program MTCP mengikut kursus yang telah dihadiri oleh masing-masing.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back