Mission News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 68 DAN HARI MALAYSIA KE 62 OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KATHMANDU, NEPAL

27 October 2025 1 views

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 68 tahun dan Hari Malaysia ke 62 tahun oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal. Sambutan telah diadakan pada 15 Oktober 2025 di Front Lawn, Hotel Soaltee, Kathmandu. Majlis telah dihadiri oleh rakan-rakan Diplomatik, rakyat Malaysia yang berada di Nepal serta rakan-rakan Kedutaan.

Tetamu telah dihidangkan dengan makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Rendang Ayam, Bubur Kacang Hijau, Kuih Karipap, Kuih Bakar Pandan, Kuih Kaswi dan beberapa makanan sampingan yang lain.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh anak-anak diplomat dari Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu (Malaysia Madani) dan persembahan khas dari rakyat tempatan iaitu Pelajar-pelajar dari Sekolah Matribhumi dengan mempersembahkan tarian lagu Joget Cinta Sayang.

The 68th Malaysian National Day and 62nd Malaysia Day Celebration Ceremony by the Malaysian Embassy in Kathmandu, Nepal. The celebration took place on 15 October 2025 at the Front Lawn of Soaltee Hotel, Kathmandu. Diplomatic friends, Malaysians in Nepal and Embassy friends attended the ceremony.

Guests were served Malaysian food, including Nasi Lemak, Ayam Rendang, Bubur Kacang Hijau, Kuih Karipap, Kuih Bakar Pandan, Kuih Kaswi, and several other side dishes.

The ceremony was further enlivened with a dance performance by the children of diplomats from the Malaysian Embassy in Kathmandu (Malaysia Madani) and a special performance from the locals, Students from Matribhumi School by performing the dance of the song Joget Cinta Sayang.

Share:
Link copied to clipboard
Back