Kedutaan Besar Malaysia serta Kedutaan ASEAN yang lain dengan kerjasama Muscat Municipality akan menganjurkan ASEAN CULTURAL SHOW (ACS) yang berlangsung semasa Muscat Festival 2012. Di antara highlights ACS adalah persembahan kebudayaan di bawa khas dari Istana Budaya, jualan makanan Malaysia oleh PERWAKILAN Muscat, pameran kraftangan Malaysia dan promosi pelancongan Malaysia oleh Tourism Malaysia dan Inshaallah jika tiada halangan, promosi, pameran dan jualan buah-buahan Malaysia dan produk "agro based" oleh FAMA/Kementerian Pertanian. ACS tersebut akan diadakan dari 19 Februari (Opening Ceremony) sehingga 22 Februari 2012 di Qurum Natural Park dari jam 5 petang sehingga 11 malam. Anda semua dijemput hadir.
Mission News
ASEAN CULTURAL SHOW (ACS)
06 February 2012
1 views