Mission News

URUSAN PARA JEMAAH HAJI YANG TERKANDAS DI MUSCAT

06 May 2026 1 views
Dari 4 hingga 6 Mei 2026, Kuasa Usaha Sementara, En Nur Misuari Harun bersama pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman, dengan kerjasama erat Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah, Tabung Haji, Malaysia Airlines serta wakil AMAL, telah berjaya memudahcara dan menyelaras urusan logistik semua jemaah Haji KT051 susulan isu teknikal pesawat.
Melalui penyelarasan rapi dan komunikasi berterusan bersama pihak berkuasa lapangan terbang, pengendali darat serta syarikat penerbangan, segala keperluan jemaah termasuk penginapan sementara, pengangkutan dan pengurusan penerbangan gantian telah diuruskan dengan lancar dan tersusun.
Alhamdulillah, kesemua jemaah telah selamat berlepas ke Jeddah pada awal pagi 6 Mei 2026 bagi menunaikan ibadah haji. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan dedikasi tinggi dalam memastikan kebajikan serta keselamatan jemaah Malaysia sentiasa terpelihara.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back