MAKLUMAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI KESULTANAN OMAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan evakuasi menyeluruh bagi semua rakyat Malaysia di Kesultanan Oman yang memilih untuk pulang ke tanah air.
Proses evakuasi ini akan diselaraskan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman.
* Tindakan Anda:
1. Pendaftaran
Sila maklumkan kesediaan anda untuk pulang kepada pihak Kedutaan dengan mengisi borang seperti pautan dibawah. Pastikan dokumen perjalanan dan dokumen penting berada bersama anda.
2. Semakan dengan Majikan
Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Kesultanan Oman, anda dinasihatkan untuk menyemak terma kontrak pekerjaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk pulang.
Maklumat lanjut mengenai logistik dan jadual pergerakan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti Facebook Embassy of Malaysia, Muscat.
Pautan pendaftaran:
Sekian, terima kasih.
Kedutaan Besar Malaysia, Muscat
Kesultanan Oman