PERHATIAN : PILIHAN RAYA UMUM KE-14, 2018
Kepada : Semua rakyat Malaysia yang menetap di Muscat, Oman.
Tuan/ Puan,
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melalui kenyataan media Bil.6/2018 telah mengumumkan mulai 23 JANUARI 2018 (SELASA), warganegara Malaysia (selain penjawat awam) yang berdaftar sebagai pemilih dan layak untuk mengundi pada hari pengundian tetapi berada di luar negara boleh memohon untuk mengundi melalui pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
3. Sila rujuk pautan dibawah untuk maklumat lanjut dan perhatian tuan/ puan selanjutnya:-
http://www.spr.gov.my/…/default/files/KM%20Bil%2006-2018.pdf
http://www.spr.gov.my/…/files/Syarat%20dan%20Borang%201B.pdf
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
SHAMSUL AZMI BIN AZIZ
PEJABAT KEDUTAAN