Mission News

MAJLIS PERPISAHAN AHLI-AHLI PERWAKILAN MUSCAT, 14 MEI 2017

15 May 2017 1 views

PERWAKILAN Muscat telah mengadakan satu Majlis Perpisahan di Restoran Kargeen pada 14 Mei 2017 bagi meraikan 6 orang ahli yang akan meninggalkan negara Oman iaitu Puan Hamidah Hashim, Puan Faridah Haji Ali, Puan Beatrice Kubang, Puan Roshayati Ismail, Puan Fadzidah Ariffin dan Puan Ketha Veloo. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Suriyah Abdullah, Pengerusi PERWAKILAN Muscat, yang menyampaikan hadiah penghargaan kepada ahli-ahli yang diraikan di atas penglibatan mereka di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PERWAKILAN dan berharap hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back