T.Y.T. Ambassador Dato’ Rustam Yahaya dan YBhg Prof Madya Datin Dr. Musrifah Sapardi akan menghoskan acara Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Aidil Adha pada pagi 6 November 2011 bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Muscat di alamat Villa 1648, Way 3019, Shatti Al Qurum, Muscat selepas Solat Sunat Aidil Adha. Tuan/Puan seluruh warganegara Malaysia adalah dengan segala hormatnya di jemput hadir.
2. Kedutaan juga ingin memaklumkan bahawa acara pada hari tersebut juga melibatkan ibadat Korban. Dalam hubungan ini Kedutaan ingin menjemput Tuan/Puan untuk menyertai ibadat korban bersama-sama dengan Kedutaan Besar. Tuan/Puan boleh memaklumkan kepada Encik Shahril Bin Rahmat, Setiausaha Ketiga Kedutaan dengan menelefon +96896512759 (hp) atau +96824698329/8643 (pejabat) sebelum hari Rabu, 26 Oktober 2011.
Kedutaan Besar Malaysia
Muscat
23 Oktober 2011