Mission News

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI RUMAH MALAYSIA

06 February 2013 1 views

Muscat, 23 Januari 2013 - T.Y.T. Dato’ Rustam Yahaya dan Y.Bhg. Datin Dr. Musrifah Sapardi telah menghoskan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Rumah Malaysia pada 23 Januari 2013. Kira-kira 80 orang tetamu terdiri dari warganegara Malaysia telah hadir. Majlis tersebut dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Sdr. Fawwaz Aminuddin bertajuk “Ada Apa Dengan Cinta Rasullullah”. Tetamu juga telah dihidangkan dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh Perwakilan Muscat dan juga dari sumbangan secara ”pot luck”.

 

Majlis sedemikian merupakan salah satu dari aktiviti yang dijalankan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Muscat bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat Malaysia di Kesultanan Oman. Di samping itu, ianya juga dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang baru tiba untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan mereka yang telah lama menetap di Oman.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back