Muscat, 14 Februari 2013 – Sambutan Tahun Baru Cina telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013 bermula pada waktu 8 malam bertempat di Rumah Malaysia. Seramai 70 orang tetamu terdiri dari warganegara Malaysia berbilang kaum telah hadir.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari T.Y.T. Dato’ Rustam Yahaya dan wakil kaum cina diikuti dengan ’Yee Sang’ secara beramai-ramai. Disamping itu, majlis diserikan dengan penyampaian hadian pakaian tercantik, teka kandungan kacang dan pelbagai acara lain. Tetamu juga telah dihidangkan dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh Perwakilan Muscat dan juga dari sumbangan secara ”pot luck”.
Kedutaan Besar Malaysia, Muscat