Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017 PERWAKILAN MUSCAT

26 January 2017 1 views

PERWAKILAN Muscat telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 pada 25 Januari 2017. Seramai 29 ahli PERWAKILAN Muscat menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Puan Suriyah Abdullah, Pengerusi PERWAKILAN Muscat 2016/2017. Mesyuarat tersebut diadakan bagi merencanakan aktiviti-aktiviti PERWAKILAN Muscat untuk tahun 2017 dan membentangkan Laporan Kewangan Akhir Tahun 2016. Sepanjang tahun 2016, PERWAKILAN Muscat telah mengadakan pelbagai aktiviti dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Muscat seperti Bazaar ASEAN, Majlis Hari Raya Aidilfitri, lawatan ke Royal Opera House Muscat, aktiviti perkelahan tepi pantai, Majlis Sambutan Hari Deepavali dan sebagainya. Keahlian PERWAKILAN Muscat terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia, Muscat, dan wanita berwarganegara Malaysia di Muscat.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back