Mission News

MESYUARAT PERWAKILAN MUSCAT DAN MAJLIS DOA SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN, 17 MEI 2017

18 May 2017 1 views

Pada 17 Mei 2017, PERWAKILAN Muscat telah mengadakan Mesyuarat PERWAKILAN Muscat dan Majlis Doa Selamat bagi menyambut kedatangan Ramadan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia. Seramai 28 ahli PERWAKILAN Muscat telah menghadiri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Puan Aliza Yunos dan diikuti dengan ceramah bertajuk “Ramadan dan Quran, Jalan Menuju Ketaqwaan”.  Seterusnya, Puan Suriyah Abdullah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan rancangan aktiviti bagi setengah tahun kedua 2017. Sepanjang setengah tahun pertama 2017, PERWAKILAN Muscat telah mengadakan aktiviti seperti zumba, lawatan ke rumah ahli-ahli PERWAKILAN yang melahirkan anak dan Majlis Perpisahan Ahli PERW AKILAN. 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back