Mission News

PERTUNJUKAN FESYEN BATIK DI RUMAH MALAYSIA

24 February 2013 1 views

Muscat, 20 Februari 2013 – Majlis pertunjukan fesyen Batik telah berjaya diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013 bermula pada waktu 11 pagi bertempat di Rumah Malaysia. Seramai 120 orang tetamu terdiri dari isteri-isteri Duta Besar di Oman, ahli-ahli Perwakilan, American Women’s Group (AWG) dan Asean Ladies Circle (ALC) telah hadir memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan T.Y.T. Dato’ Rustam Yahaya dan Y.Bhg. Datin Dr. Musrifah Sapardi. Para tetamu disajikan dengan pentunjukan fesyen batik yang dibawakan oleh model-model Perwakilan Muscat. Disamping itu, pameran dan demo pembuatan batik turut di adakan. Para tetamu juga diberi peluang mencuba sendiri mewarna batik mengikut kreativiti masing-masing. Tetamu juga telah dihidangkan dengan jamuan makan yang terdiri dari kuih-muih tradisional Malaysia. 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Muscat

Share:
Link copied to clipboard
Back