Oleh Amir90@yahoo.com
Karachi - Tuan Konsul Jeneral Malaysia di Karachi dan Puan Aniza Khalid telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat pada hari Khamis, 20 Mei 2010 bertempat di Rumah Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan keluarga HBS serta sebilangan besar pelajar-pelajar Madrasah di Karachi.
Majlis dimulai dengan Ucapan Ringkas oleh Tuan Konsul Jeneral yang disusuli dengan Solat Maghrib, Bacaan Yaasin, Doa Selamat, Jamuan Makan dan diakhiri dengan Solat Isyak.
Puan Aniza Khalid telah menyediakan semua juadah bagi majlis tersebut yang berkonsepkan 'ala kampung' iaitu Nasi Putih, Ikan Tenggiri Masak Lemak, Sambal Udang, Gulai Ayam, Sayur Campur, Air Sirap dan Kuih-Muih Malaysia.
Majlis ini walaupun sederhana tetapi telah berjaya merapatkan hubungan silaturahim dan ukhwah diantara para pegawai serta pelajar-pelajar Madrasah di Karachi.
'1Malaysia - Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di utamakan'