Karachi - Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi telah mengadakan Majlis Iftar pada Ramadhan pertama yang jatuh pada Khamis 12 Ogos 2010. Majlis yang diadakan di Bangunan Konsulat telah dihoskan oleh Konsul Jeneral dan Puan Aniza Khalid yang dihadiri oleh lebih 50 orang rakyat dan pelajar-pelajar Malaysia. Juadah disediakan oleh Puan Aniza Khalid yang merangkumi Nasi Putih, Kurma Daging, Ayam Berempah, Sayur Campur, Salad, Buah-buahan, Kuih-Muih termasuk Nasi Beriani Ayam dan 'Bubur Lambuk Karachi'.
Majlis Berbuka Puasa ini disusuli dengan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih. Para hadirin nyata gembira dapat berkumpul bersama-sama Rakyat Malaysia selain daripada menikmati juadah Malaysia, dapat menanya khabar serta menjalankan Ibadah yang Dituntut dan Dirahmati oleh Allah S.W.T