Karachi, 25 Mac - DYMM Sultanah Pahang telah berkenan untuk mencemar duli menerima kunjungan ahli Perwakilan Karachi dalam satu majlis mengadap semasa lawatan Tuanku Sultanah ke Karachi baru-baru ini. Semasa majlis tersebut, Tuanku Sultanah memberi titah nasihat dan kata-kata semangat kepada ahli Perwakilan untuk meneruskan usaha mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Dalam majlis yang sama, Tuanku Sultanah turut berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada Perwakilan bagi menjalankan kerja-kerja amal di Karachi.