Konsulat Jeneral mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah pada 20 Ogos 2012 (1 Syawal 1433 hijrah).
Konsul Jeneral Malaysia, Encik Abu Bakar Mamat telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433 H di Rumah Malaysia. Tetamu yang hadir terdiri daripada rakyat dan pelajar Malaysia yang menetap di Karachi/Sindh.
Sahabat dari negara asing termasuk Konsul-konsul Jeneral dan rakan-rakan Pakistan dari Karachi turut memeriahkan suasana Rumah Terbuka.