Moscow, 18 November 2017 - Program Karnival Bahasa Jiwa Bangsa telah diadakan di Kedutaan Besar Malaysia pada hari ini. Program ini telah dianjurkan oleh Sechenov Malaysian Student Association dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia, Moscow yang dikoordinasikan oleh Pejabat Penasihat Kedutaan (Hal Ehwal Pelajar – JPA & MARA). Objektif program bertujuan menyemai semangat nasionalisme dan patriotisme pelajar, menggilap bakat dan keyakinan pengucapan awam, di samping meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta peka dengan isu-isu semasa. Seramai 100 orang pelajar terdiri daripada mahasiswa Malaysia di Moscow dan juga diluar Moscow seperti Volgograd dan Nizhny Novgorod menyertai program ini. Beberapa pelajar Indonesia dan Rusia juga turut serta.
Program pada hari ini melibatkan Pertandingan Debat Bahasa Melayu, Nyanyian Lagu Melayu dan Deklamasi Sajak. Program turut diserikan dengan persembahan pantun oleh pelajar Rusia dari Institute of Asian dan African Studies, Moscow State University.
TYT Datuk Duta Besar turut meluangkan masa menyaksikan acara akhir Debat Ala Parlimen dan merasmikan upacara penutup Karnival berkenaan.Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada yang terlibat.
Kedutaan Besar Malaysia
Moscow