Mission News

Lawatan Kerja YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ke Persekutuan Rusia

09 March 2011 1 views
Pada 9 Mac 2011, Y.Bhg. Dato’ Zainol Abidin Omar, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia telah meraikan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia dalam majlis jamuan makan malam yang bertempat di Kedutaan Besar Malaysia. Beliau yang juga ditemani isteri, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali telah berkunjung ke Moscow atas jemputan rasmi daripada kerajaan Rusia mulai 9 hingga 12 Mac 2011. Dalam majlis ringkas tersebut, semua kakitangan Kedutaan yang hadir mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah. Di samping itu, para kakitangan dan keluarga masing-masing turut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama mereka selepas majlis tamat. Sepanjang berada di Moscow, Tun Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Dmitry Medvedev, Perdana Menteri Vladimir V. Putin dan Presiden Republik Tatarstan, Mr. Rustam Minnikhanov. Tun Dr. Mahathir juga telah ditemuramah secara ekslusif oleh stesen TV satelit Rusia, ”Russia Today”. Tun Dr. Mahathir turut diundang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Street Demonstrations and Protests – Tools for Regime Change” di Moscow State University of International Relations (MGIMO). Di kesempatan ini juga, pertemuan dengan para pelajar Malaysia di Moscow seramai lebih kurang 350 orang turut diaturkan di Kedutaan di mana Tun Dr. Mahathir telah menyampaikan amanat beliau sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Share:
Link copied to clipboard
Back