Mission News

Majlis Adat Perkahwinan Melayu di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow

18 January 2011 1 views
Pada 18 Januari 2011, Pejabat Tourism Malaysia Moscow dengan sokongan pihak Kedutaan telah mengadakan majlis meraikan Puan Sarifa Samsuddin, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan Encik Abdul Ghaffar Mat Yaasin pada awal Januari di Malaysia. Sempena dengan pernikahan beliau, Pejabat Tourism Malaysia Moscow telah mengambil peluang untuk menganjurkan pula majlis kebudayaan serta adat perkahwinan Melayu untuk dipertontonkan kepada masyarakat Rusia di sini. Dalam majlis yang julung kali diadakan di Moscow ini, seramai hampir 50 jemputan daripada agensi pelancongan dan wakil-wakil media termasuk siaran televisyen Rusia telah hadir untuk menyaksikan majlis gilang-gemilang ini. Di antara acara yang dipertontonkan pada majlis tersebut ialah acara bersanding, disusuli oleh acara berenjis ke atas pasangan pengantin dan makan beradab pengantin bersama TYT Duta Besar, Dato’ Zainol Abidin Omar dan isteri.
Share:
Link copied to clipboard
Back