Mission News

Pendaftaran Pemilih Bagi Warganegara Malaysia Yang Berada di Luar Negara

22 December 2011 1 views

Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH).

Mereka yang boleh memohon mendaftar sebagai (PTH) luar negara adalah seperti yang berikut:

(a) penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung

     Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan

     Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan

    atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau

     Sabah atau Sarawak; dan

(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab

     latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung

     Malaysia atau Sabah atau Sarawak.

 

Perhatian : Bagi warganegara Malaysia yang berada di Persekutuan Rusia, permohonan untuk pendaftaran baru atau pendaftaran tukar status daripada pengundi biasa kepada pengundi tidak hadir (PTH) boleh dibuat di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Permohon perlu hadir sendiri kepada Penolong Pendaftar Pemilih untuk mengisi Borang A Pendaftaran Pemilih. Sila bawa MyKad Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pendaftaran pemilih sila layari

 

salinan MyKad atau salinan pasport antarabangsa dan salinan kad pelajar

Share:
Link copied to clipboard
Back