Semua warganegara Malaysia yang berada di Persekutuan Rusia yang hendak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) atau Pengundi Biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Warganegara Malaysia yang tinggal jauh daripada pejabat Kedutaan juga boleh mendaftar sebagai pemilih dengan memuat turun Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR. Maklumat lanjut sila layari www.spr.gov.my
Mereka yang layak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir adalah seperti berikut:-
(a) penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan
Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di
luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;
(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti,
maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar
sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; atau
(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana
universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi
di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak.
Semakan Daftar Pemilih juga boleh dilakukan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Sekian, terima kasih.