Mission News

Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir dan Semakan Daftar Pemilih

30 November 2011 1 views

 

 

Semua warganegara Malaysia yang berada di Persekutuan Rusia yang hendak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Warganegara Malaysia yang tinggal jauh daripada pejabat Kedutaan juga boleh mendaftar sebagai pemilih dengan memuat turun  Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan  Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi SPR www.spr.gov.my

 

Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH).

 

Mereka yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir adalah seperti berikut:-
(a) penjawat awam  yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan

     Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di

     luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti,

     maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar

     sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; atau

(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana

     universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi

     di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak.

 

Semakan daftar pemilih juga boleh dilakukan di laman web SPR

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back