Mission News

Prosedur Permohonan Pasport Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Moscow

28 March 2010 1 views

Prosedur Permohonan Pasport Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Moscow

A. Pasport Tamat Tempoh

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan permohonan pasport Malaysia 32 mukasurat untuk tindakan dan pertimbangan Kedutaan sewajarnya

  1. Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 (Boleh diperolehi di Kedutaan atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen;- sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian)
  2. Dua keping gambar berlatarbelakang biru berukuran 3.5 x 5 cm
  3. Salinan sah muka hadapan Pasport Malaysia (lama);
  4. Salinan sah muka surat Pasport Malaysia yang mengandungi maklumat visa dan/atau makluman pendaftaran tempat tinggal;
  5. Salinan sah Sijil Kelahiran; dan
  6. Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan. (bagi yang bekerja atau pasangan)
Bayaran permohonan pasport baru di Kedutaan Besar Malaysia Moscow ialah £50.00. Pada lazimnya, pasport baru boleh diperolehi dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penghantaran permohonan.

B. Kehilangan Pasport

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan menggantikan pasport Malaysia yang telah hilang:
  1. Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 (Boleh diperolehi di Kedutaan atau dimuat turun dari laman web Jabatan Imigresen;- sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian)
  2. Dua keping gambar berlatarbelakang biru berukuran 3.5 x 5 cm
  3. Salinan sah Pasport Malaysia (lama);
  4. Salinan sah Sijil Kelahiran;
  5. Salinan laporan kehilangan pasport yang telah dilakukan di Balai Polis di kawasan pasport tersebut hilang;
  6. Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan. (bagi yang bekerja atau pasangan);
  7. Mengisi Borang Soal Selidik mengenai kehilangan pasport; dan
  8. Mengisi dan menandatangani Surat Akuan
Bayaran permohonan pasport baru di Kedutaan Besar Malaysia Moscow ialah Rub. 3,500.00.

Soalan yang Kerap Ditanya (FAQ)

Mengapa permohonan pasport di Kedutaan mengambil masa sehingga 1 bulan tetapi cuma 1 hari di Malaysia?
Pihak Kedutaan tidak mempunyai kemudahan menyediakan pasport Malaysia generasi baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan termasuk cip biometrik. Sehubungan dengan itu, pihak Kedutaan menghantar pasport ke London setiap bulan untuk proses permohonan pasport.Saya kehilangan pasport! Apa yang perlu saya lakukan?
Adalah penting bagi anda untuk melaporkan kehilangan pasport tersebut di Balai Polis terdekat. Selepas laporan polis dibuat, sila kemukakan permohonan pasport di Kedutaan bersama-sama dokumen dan bayaran seperti di Bahagian (B).

Untuk makluman, pengeluaran pasport baru akibat kehilangan pada lazimnya mengambil masa yang lebih lama memandangkan keputusan pengeluaran pasport baru terletak pada budibicara Jabatan Imigresen Malaysia setelah ia selesai menjalankan siasatan kehilangan tersebut.
Bolehkan saya mengemukakan permohonan visa bersama-sama permohonan pasport?
Pihak Kedutaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan visa Rusia/Armenia/Belarus/Georgia kepada mana-mana individu. Sekiranya anda seorang pelajar, sila rujuk Pejabat Dekanat anda untuk permohonan visa pelajar. Bagi yang bekerja di Rusia/Armenia/Belarus/Georgia, permohonan visa boleh dilakukan melalui majikan anda.

Kemaskini April 2009
Share:
Link copied to clipboard
Back