Sambutan Hari Kebangsaan ke 66, tahun 2023 telah dengan jayanya diadakan pada Khamis, 31 Ogos 2023 di Dewan Besar KBM, Moscow. Seramai hampir 150 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada HBS dan keluarga, LRS, diaspora Malaysia sekitar Bandaraya Moscow juga para pelajar hadir pada sambutan berkenaan.
Dalam kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan, Encik Faizal bin Shani, Kuasa Usaha Sementara turut menyampaikan ucapan alu-aluannya yang bertepatan dengan tema Kemerdekaan yang ke-66 : Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Acara kemudian diteruskan dengan jamuan sarapan pagi, sebelum Acara Kayuhan Merdeka 2023 dimulakan. Selain itu, acara mewarna dan kuiz bertemakan Hari kebangsaan turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan 2023. Pelbagai hadiah menarik juga turut disediakan.
Majlis jamuan makan tengahari berlangsung dengan tetamu dijamukan dengan pelbagai juadah seperti nasi lemak, sambal ikan bilis, ayam goreng, roti jala, kari ayam, sandwich, roti, muffin, kek pisang, buah,-buahan, kek merdeka dan pelbagai kuih muih.
Sambutan Hari Kebangsaan di Perwakilan (Moscow) bukan sahaja penting sebagai platform mengukuhkan lagi kerjasama diplomatik bersama Kerajaan Rusia, bahkan merupakan satu manifestasi kepada kesinambungan keakraban kerjasama kepelbagaian bidang antara Kuala Lumpur dan Moscow.
